Thursday, November 17, 2016

BAWANG GORENG RANGGUP

BAWANG GORENG

1.    Bawang merah kecil dipotong nipis-nipis. Gaul dengan sedikit garam dan  gaul dengan tepung beras.

2.    Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sudu besar) sahaja. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut dengan bawang. Lebih (tepung) tak apa, lagi ranggup.

3.    Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan jangan letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya.

4. Apabila warna sudah kecoklatan (perang), terus tutup api dan kacau sekejap.  Kemudian angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.
(.../sumber Internet)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>