Bahan
bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang – hiasan
Bawang putih dimayang
10 batang serai dititik
Bahan untuk perapan daging:
·
6-7 sudu besar kicap
pekat
·
1 sudu besar sos tiram
·
3 sudu besar kicap
manis
Bahan
Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih
1 Sudu Jintan Manis
1 Sudu Jintan Putih
1 Sudu Ketumbar
(Semua Bahan Kisar Goreng Tanpa Minyak Dahulu Baru Dikisar)
Cara Penyediaan:
1.
Daging tadi dipotong
nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
2.
Panaskan sedikit
minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis dan bawang2 yg dimayang sehingga
naik bau.
3.
Kemudian masukkan
bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak kemudian
masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
4.
Kacau sebentar
kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Masakkan sehingga kuah agak
pekat dan perasakannya dengan sedikit gula. Garam boleh ditambah jika perlu.
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>