Sunday, June 18, 2017

RESEPI TEMPEYEK NIPIS DAN RANGUP

TEMPEYEK
Bahan-Bahan

1/2 kg tepung beras
1/2 kg tepung ubi
200g tepung jagung
Udang kering secawan (blende)
Cabai kering 2 senduk lauk (blende)
Garam 4 sdt
Ajinamoto 3 sdt * jika perlu
Telur 4@5 biji ikut saiz (blende last)
Jintan manis 1 sdb
Biji lemuju 1 sdb (kalau tak letak Pun tak apa)
Air kapur 1sdb
Air tak reti sukat. Tp pastikan adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair ye
Kacang & ikan bilis mentah utk letak kat atas (pastikan betul2 kering kalau basuh) 

Bahan tambahan:
Suka hati anda mahu letak apa, ada yg tambah daun limau purut dihiris halus, jagung dll.

Cara-Cara :
Campur semua bahan kecuali telur.
Lepas siap bancuh baru masuk telur yg di blende tu

Cara mengoreng
Curah ditepi kuali.  Tempeyek kira dah masak bila dah tak ada buih2 kat sekeliling dia masa mengoreng.Resepi ni boleh dapat lebih kurang 400 keping

(Sumber: Sedap Viral)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>