Monday, January 16, 2017

TOFU MASAK SOS TIRAM

TOFU SOS TIRAM
Bahan2nya :

300 gram tauhu telur (3 tiub tofu jepun)
3 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
1/2 Bawang besar (dihiris)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 kiub pati ayam knorr
1 batang carrot dipotong panjang2
2 tangkai Daun Bawang (untuk Hiasan) dgn 3 biji cili padi
Isi ayam bahagian dada (potong kecik2)
1 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara penyediaan :

1) Potong tofu kepada 8 untuk setiap tiub. nak senang potong dua dulu baru potong 8.
Taburkan sedikit tepung jagung ke atas tofu yg telah dipotong.
2) Goreng tofu sehingga warna keemasan. Siap goreng angkat dan toskan.
4) Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Then, masukkan ayam dan carrot, goreng sehingga ayam masak.
5) Masukkan sos tiram, kiub pati ayam knorr dan air.
6) Bila kuah dah mendidih, masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit air. Tujuannya adalah untuk memekatkan kuah..
7) Pecahkan telur dalam kuali dan kacau telur dengan segera.
8) Akhir sekali masukkan tofu yg telah digoreng tadi dan taburkan sedikit daun sup.

Selamat Mencuba (..sumber-Internet)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>