Wednesday, January 4, 2017

KEK CONGO BAR

KEK CONGO BAR
1. Masukkan 1 1/2 cawan butter, 2 cawan gula perang dan 1 sudu teh garam. Pukul hingga sebati.

2. Bila sudah sebati, masukkan esen vanila dan telur 6 biji satu per satu. Pukul hingga rata.
Masukkan 5 cawan tepung naik sendiri dan 2 cawan coklat cips. Kacau rata.Bila sebati, adunan akan menjadi agak pekat.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang nipis yang telah dialas dengan baking paper.
Kemudian rata menggunakan spatula/sudu hingga penuh loyang.Potong kiub cadbury sebanyak 1 bar dan susun di atas adunan.

4. Bakar pada suhu 170° selama 30 minit atau sehingga bahagian atas perang
Bila dah masak, Potong bentuk segi empat sama.

Nota: Congo bars ini boleh dibuat sebagai snek untuk aktiviti potluck atau berkelah.
(Sumber: fb kawan)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>