Thursday, December 8, 2016

Resepi Kari Kambing, Ayam Goreng Berlada, Kari Ikan Bawal





Ayam Goreng Berlada

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato buah - cincang dadu
2 sudu besar gula
1 - 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa

Bahan Kisar Kasar:
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi - opsyenal
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Kari Ikan Bawal
Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal - lebih kurang 500 gram
7 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi - potong kecil
1 paket kecil rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk cili
6 batang bendi
2 batang cili hijau - patah 2
1 biji tomato buah - belah 4
1 sudu kecil penuh pes asam jawa
1- 1 1/2 sudu kecil garam
Serbuk perasa - jika suka

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.

Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing.
Nota: saya goreng rempah kari kering yang tak dibancuh air. Kacau dengan cepat beberapa minit sebelum dimasukkan sedikit air.
Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
Petua Mamak Haji:  jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.

Masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api. Nak cantik, bolehlah celur bendi dengan dimasukkan sedikit minyak sehingga lembut. Tapi saya lebih suka, dimasukkan terus ke dalam kuah. Rasa bendi lebih sedap.../AK

Kari Kambing

Bahan-bahannya:
Bawang merah (2 biji), bawang putih (4 ulas) dan halia (dalam 5 cm) yang dikisar
1 kg lamb shoulders - dibuang lemak dan dipotong kecil
Minyak masak
3 - 4 sudu serbuk kari daging adabi
Daun kari (lebih kurang 3 atau 4 tangkai)
Kentang - 2 hingga 4 biji - dipotong
Santan (lebih kurang separuh kotak) atau susu cair (lebih kurang separuh tin)
Limau kasturi (dalam 3 atau 4 biji)
Air untuk lebihkan kuah
Garam

Perapkan daging kambing yang telah dibersihkan dengan separuh bahan yang telah dikisar tadi.

Panaskan minyak. Masukkan baki bahan yang telah dikisar tadi. Apabila agak layu, masukkan daun kari diikuti dengan serbuk kari.

Kemudian, masukkan daging kambing yang telah diperap, diikuti dengan kentang. Biar atas api agak lama sedikit sebelum dimasukkan air.

Kecilkan api dan tutup periuk/kuali dan biarkan daging empuk dan kentang masak. Masukkan santan atau susu cair (agak-agak la banyak dia based on warna kari tadi) dan masukkan perahan limau kasturi. Perasakan dengan garam.

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>