Tuesday, November 22, 2016

KUIH KASTURI


Bahan2:

·         1 cawan kacang hijau
·         3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
·         1 sudu kecil garam
·         Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:

1.    Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
2.    Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
3.    Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
4.    Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
5.    untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
6.    Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk gambar di bawah ini

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:

·         1/2 cawan tepung gandum
·         1/3 sudu mkn marjerin
·         1 sudu kecil garam
·         secubit gula
·         1/2 cawan air
·         Sedikit pewarna kuning
·         Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan

Cara2:
1.    Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
2.    Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.


(sumber:… sue-hasue.blogspot.my/)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>