Wednesday, May 18, 2016

APAM NASI




1 cawan nasi ( nasi sejuk)

1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung beras 
¾ cawan gula pasir
11/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering ( mauripan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallete ( untuk kasi gebu)- nak skip letak ini pun boleh still gebu jugak
¼ cawan kelapa parut putih ( kukus dulu baru blend dengan semua bahan kat atas)

Satukan semua bahan diatas and blend halus .Perap 2-3 jam hingga adunan mengembang..jangan over perap lama sangat nanti bubble udara akan terbentuk dlm apam dan apam akan mudah masam..

Kukus dengan api yang kuat…selama 10-15 minit ( time proses mengukus nie jangan dok rajin pergi check..nanti apam terkejut terus tak nak senyum)…cukup time baru tengok ye…


Nota: Pastikan guna bekas yg besar semasa memerap bahan. Sukatan diatas menghasilkan 35 cup mini apam.

 APAM NIE HARUS DIKUKUS DENGAN API YANG KUAT ..MEANS AIR DIDIHAN DLM LOYANG PENGUKUS HARUS BETUL BETUL BOILING..AND PASTIKAN PENUTUP LOYANG NYA DITUTUP KEMAS..KALAU BOLEH BALUT PENUTUP NYA DENGAN KAIN BERSIH HINGGA KEJAP KEMAS..AND DIINGATKAN BILA DAH DI ADD ADUNAN UNTUK DIKUKUS DLM LOYANG ..TERUS TUTUP PENUTUP LOYANG ..JANGAN ULANG CHECK ADUNAN TUE..TUNGGU 15 MINIT BARU CHECK..SO PROSES MEKARNYA TAK KAN TERBANTUT..
(sumber../asm)

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>