Tuesday, November 24, 2009

Rezeki Allah bukan Milik kita seorang..

Saya terpanggil untuk berkongsi perbualan dengan seseorang yang saya anggap seperti mentor saya. Walaupun orangnya amat sederhana tetapi bagi saya beliau seorang yang berwibawa kerana ilmu yang dimilikinya dan boleh dipercayai untuk dijadikan tempat rujukan. Tiap patah perkataannya penuh makna dan boleh memberi keinsafan kepada kita. Antara yang ingin saya sebutkan di sini ialah mengenai duit yang kita miliki. Katanya jangan kedekut untuk bersedekah sebab rezeki yang ada pada kita bukan milik kita seorang. Hari ini kita bersedekah, insyaAllah esok tuhan bagi semula malah gandakan lagi kepada kita. Pemberian Allah tu dalam pelbagai bentuk dan tidak semata-mata dalam bentuk wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Rezeki yang tidak pernah putus, kesihatan yang baik, hati yang tenang, rumahtangga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya juga adalah sebahagian dari rezeki Allah kepada hambanya yang sering bersedekah......Bila direnung-renungkan, memang benar rezeki Allah bukan milik kita seorang.

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>