Saya menerima fwd email daripada kawan saya dan merasa kandungannya wajar dikongsi bersama. Ianya mengenai kriteria yang perlu dimiliki oleh setiap orang jika ingin berjaya dalam hidup. Sama-samalah kita renung dan fikirkan… Jika hendak berjaya dalam hidup seseorang itu hendaklah memiliki:
1. Ilmu/ informasi - Even perkara pertama yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada Rasulullah saw adalah ayat Iqra' (Bacalah)... .. Ada juga satu ayat Al-Qur'an firman Allah swt yang maksudnya berbunyi, Sekiranya kamu mahu naik 7 petala langit atau turun 7 petala bumi, nescaya kamu hanya dapat melakukannya dengan ilmu.
2. Mentor - Orang dulu-dulu sangat particular tentang berguru serta adab-adabnya. Carilah mentor atau guru yang telah terbukti berjaya. In particular kepada apa yang kita nak. Contohnya, kalau nak buka kedai tayar, kita perlu berguru dengan seseorang yang telah berjaya di dalam perniagaan tersebut or at least mempunyai kedai tayar. Satu perkara yang arwah mursyid saya pernah cakap, jangan derhaka dengan guru kerana bila kita derhaka atau berburuk sangka dengan guru Insya-Allah, apa sahaja yang kita belajar dari dia akan "memakan diri" diri kita. Mungkin maksud dia ialah ilmu itu tak berapa nak jadi atau menjadikan hidup kita lebih kelam kabut. Itu yang anda pernah dengar orang dulu-dulu yang derhaka dengan guru perlu jumpa guru mereka dan minta maaf, barulah betul balik situasi mereka. Wallahu A'lam.
3. Kuasa bertindak - Orang yang berjaya kalau anda perhatikan, mereka mempunyai kuasa bertindak yang PANTAS, SEGERA dan hampir SERTA-MERTA. Prinsip mereka adalah "It's Now or Never!". Begitulah sebaliknya, orang yang lambat berjaya atau gagal, mereka biasanya lembap untuk membuat keputusan, lembap bertindak atau melaksanakan sesuatu keputusan. Faster speed = Faster result!
4. Bersyukur - Law of Gratitude. Termaktub di dalam salah satu ayat Al-Qur'an yang maksudnya adalah "barangsiapa yang bersyukur dengan setiap nikmat Allah, maka Dia akan tambah lagi dengan nikmat-nikmat lain". Berdasarkan pemerhatian saya, orang-orang yang suka komplen, tidak sentiasa bersyukur dengan nikmatNya walau sedikit atau banyak, tidak berterima kasih kepada orang yang menyumbang kepada hidup mereka, hidup mereka sentiasa di dalam kesempitan atau kesusahan... .
5. Ikhlas - maksud ikhlas ialah bukan sahaja kita buat sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan, tetapi kita bersedia untuk memberikan lebih banyak kepada orang lain especially ibu bapa atau orang-orang yang kita sayangi.
6. Membuang perasaan dengki/ khianat/ iri hati - ini semua ada sifat-sifat yang akan "memakan diri" sendiri.
7. Bersangka baik - hidup ini adalah ujian Allah swt dan Allah swt menilai hati-hati kita. Ramai orang yang tidak berjaya selagi dia selalu bersangka buruk dengan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Bersangka buruk dengan ujian Allah swt, bersangka buruk dengan orang lain.
8. Tidak berputus asa- Sesungguhnya rahmat dan nikmat Allah swt amat luas. Bila kita berputus asa dengan apa yang kita lakukan atau usahakan, seolah-olah kita "give-up" dengan rahmat Allah swt.
9. Sentiasa istighfar - Ini rahsia penting. Orang yang berjaya akan sentiasa muhasabah diri, menganalisa diri sendiri untuk diperbaiki.. . Ini juga adalah kunci tarikan kejayaan dan kekayaan
10. Menjaga solat – Solat adalah adalah asas kepada kejayaan.
(fwd email, posted by Dr Azizan Osman)
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>