Sunday, June 23, 2024

Catatan Blogger

Beberapa resepi mudah akan di upload dalam waktu terdekat ini. Semoga dapat membantu anakku unk masak di tempat masing2 kelak.

KEK COKLAT TANPA TELUR


Bahan
1 1/2 cwn tpg gandum
1 sd kecil soda bikarbonat
1 cwn gula halus
1/4 cwn serbuk koko (resepi asal 3 sd besar)
1/2 sd teh garam halus
1 cwn air masak (suhu bilik)
5 sd besar minyak masak
1 sd kecil lemon / cuka
1 sd kecil esen vanila


Masuk tpg, gula, serbuk koko, soda bikarbonat , garam dalam loyang 8X8.
Gaul rata.

Buat 2 lubang kecil dan 1 lubang besar pd campuran tpg, tuang esen vanila n lemon dlm lubang kecil...tuang minyak dlm lubang besar.

Tuang air rata2 ke atas tpg...kacau hingga semua bhn bercampur. 

Adunan yg dh siap...kalau x confident cara cmni bole buat cara biasa...adun bhn dlm bekas lain...dh sebati semua baru tuang dlm loyang bergris.

Letak loyang di aras tgh oven. Bakar guna api atas bwh suhu 175 selama 35 minit.


Untuk topping boleh tabur coklat rice. Selamat mencuba

(sumber/...Jom belajar buat kek)

Sunday, August 28, 2022

SET NASI LAUK KAMPUNG

SET LAUK KAMPUNG

Nasi Putih

Kari Ikan atau kari kepala ikan

Ikan goring

Sambal Paru

Peria goring dgn udang

Sambal belacan

 

Nasi Putih

Sup Daging singgang

Ikan goring kunyit bawang

Sambal belacan manga cincang

Ulam petai dan timun

 

Nasi Putih

Siput sedut lemak cili api

Daging goring cili

Sambal budu

Ulaman timun dan tomato

 

Nasi Putih

Kari Ikan Kembung

Tempe Goreng Garing

Kerabu sayuran

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Masak Lemak Kuning (sayur atau ikan)

Ikan Goreng

Pajeri Nenas

Ikan masin bulu Ayam

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Sayur Bayam tumis air

Ikan Goreng

Terung Goreng sambal

Ulaman

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Ikan Masak Singgang kelate

Daging Goreng

Telur Masin

Ulaman

Budu cili

 

Nasi Putih

Masak Lemak nangka kaki ayam

Ikan goreng

Sambal Tumis ikan bilis terung pipit

Ulaman

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Sayur Lemak kuning

Ikan goring

Ayam goring rempah

Ulaman

Sambal belacan

 

Nasi Putih

Masak Lemak kuning nangka

Kerabu Taugeh

Ikan goreng

Ulaman

Sambal belacan

 

Nasi Putih

Masak Lemak kuning petai (atau/kacang panjang/kobis)

Sambal tumis ikan bilis

Ikan goreng

Ulaman

Sambal belacan

 

Nasi Putih

Sayur bayam masak lemak putih

Ikan goring

Paceri nenas

Sambal belacan

 

Nasi Putih

Masak lemak rebung atau nenas

Ikan goring

Sambal Udang

Ulaman

 

Nasi Putih

Masak lemak putih taugeh dgn udang

Ikan goring

Isi ayam goring berempah

Sambal sotong

Ulaman

Nasi Putih

Masak lemak kuning nenas

Ikan goring

Kangkung goring belacan

Udang Masak Sambal

Ulaman

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Masak lemak kuning Ketam

Ikan Goreng

Udang Masak Sambal

Ulam Raja

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Ikan masak asam

Ikan Goreng

Sotong goring cili

Ulam Raja

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Kari Daging

Sambal telur

Ikan Goreng

Ulaman

Sambal Belacan

 

Nasi Putih

Ayam Kicap Berempah

Sambal telur puyuh

Ikan Goreng

Ulaman

Sambal Belacan

 

(sumber rujukan…/ internet)

SENARAI MENU KAMPUNG

 

.../sumber gambar internet

SINGGANG PEDAS IKAN KERISI

SINGGANG TENGGIRI

SINGGANG IKAN TONGKOL

IKAN GORENG BELADO

GULAI LEMAK IKAN

GULAI IKAN KERING TUMIS REMPAH DARAT

IKAN KELI GORENG BERLADA

ASAM PEDAS IKAN PARI

IKAN CENCARU BAKAR

GULAI IKAN MASIN NENAS

GULAI KAWAH DAGING

DAGING MASAK HITAM

KERUTUT DAGING

SAMBAL TEMPOYAK CILI PADI UDANG PETAI

KERABU PUCUK PAKU

KERABU TAUGEH

AYAM SAMBAL

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG KUNYIT

AYAM GORENG BAWANG

AYAM MASAK LEMAK

ASAM PEDAS AYAM

GULAI LEMAK UDANG CENDAWAN

SAYUR KELADI MASAK LEMAK

SAYUR KELADI MASAK AIR

SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

SOTONG MASAK HITAM

 

TERUNG GORENG SAMBAL LADO

MASAK LEMAK KACANG PANJANG

SAYUR KOBIS MASAK LEMAK

SAYUR KOBIS MASAK AIR

PUCUK PAKU TUMIS CILI


Wednesday, August 11, 2021

AYAM PERCIK AIR FRYER


 -2 ulas bawang putih

-6 ulas bawang merah@1 bawang besar
-3 inci halia
-2 batang serai(potong kecil)
-2 sudu ciliboh(nak lg pedas letak lebih)
-1/4 cawan santan pekat
-gula&garam secukup rasa
***blender semua bahan... Perap ayam selama 2jam+++ letak minyak masak dalam 2 sudu besar gaul skali perap..lagi lama perap lagi sedap... Bakar suhu 170 selama 15min..kalih bakar lagi 10min...siappp...

(Resepi ihsan dari Fb Mie/Samihah)

Tuesday, August 3, 2021

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK

 


Bahan2

Tempoyak

Cili api kampung

Daun kunyit

Bawang merah hiris

Petai

Ikan bilis

CARA-CARA

Panaskan minyak masak..goreng dulu ikan bilis kejap..angkat dan ketepikan..tumbuk cili padi + secubit garam dan gaul bersama tempoyak.

Dalam minyak yg sama tadi..tumis cili padi dan tempoyak sehingga naik bau

Masukkan segelas air. kacau kejap sehingga agak2 sedikit pekat boleh masukkan ikan bilis , hirisan bawang merah dan daun kunyit diracik.

Masukkan perasa sedap atau gula jika suka

Masukkan petai. Kacau dalam 5 minit  dan tutup api , Siap untuk dihidang

(Sumber: Fb Noraini smp)

Thursday, June 24, 2021

KEK VIRAL

 


Bahan Kek:

150 g Tepung kek

20 g Tepung jagung

180 g Gula Halus

15 g Ovallate

5 g Baking powder

70 ml Air

50 ml Minyak jagung

4 biji Telur Gred A

1 sk Esen vanilla

 Cara- cara:

  1. Ayak tepung kek dengan baking powder.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung.
  3. Kemudian putar sehingga gebu.
  4. Masukkan minyak jagung dan kaup balik sahaja.
  5. Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
  6. Bakar pada suhu 175 darjah selama 40 minit.

Selepas masak, terus keluarkan kek dari loyang.

sumber/...w.yah smp