Pelbagai resepi pelbagai cerita. Jom kongsi bersama.
Wednesday, June 29, 2016
MEE BANDUNG MUAR
Bahan-bahan:-
Mee kuning
1 labu besar bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus =
1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan.
Daging *hiris nipis dan direbus.
Air rebusan daging
Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa
Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
Sos cili
Sos tiram 1 sudu besar
Kiub pati ayam
Garam, gula secukup rasa
Telur, Fishball, fishcake,
Sayur sawi
Cili padi merah/ cili besar
Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng
Cara-cara:
Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau2 bagi garing.
Kemudian saya buh ayam yg dipotong kecik2, dan sedikit air, sbb x de stock daging, so air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
Pastu kacau2 ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak2la air tu ye.. pastu boleh buh isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula. Juga lauk2 lain.. sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
kemudian pecahkan telur. Last sekali masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing2. Kalau ada cili jeruk lagi best .
Oh ye.. sayur dan fishball/ fishcake saya rebus asing sbb x terus makan.(.../fb)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>