Bahan2:
6-8 ketul ayam -dibersihkan,perap dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.
2 batang serai, dititik
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang
Bahan2 -di kisar halus
6-8 biji cili kering
2 biji buah keras
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
Sedikit air
Cara2:
Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan serai,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga dan juga kulit kayu manis.Masukkan sedikit air dan masak sebentar hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah digoreng
separuh masak. Gaul sebati, rasa dan bila dah agak pekat bolehla tutup api...Sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi minyak atau nasi putih
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>