Sunday, November 8, 2015

KUIH KASUI

KUIH KASUI

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 

 Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)

Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.  
2. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil.  Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10".
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45 - 55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. 
5. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong & disalut dengan kelapa parut untuk hidangan pagi atau minum petang.  Kuih boleh dimasak waktu malam untuk dihidang keesokkan harinya.


No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>