Bermula dengan SC. Buat latihan secara sembunyi2 bila lepas masa sekolah. Bila balik rumah baju putih mesti kotor dan berbau busuk. Sejak bila mula berminat dengan dance ni aku pun tak perasan. Tak kisah apapun, yang penting pelajaran jangan diabaikan. Biar seiring. Jadikan dance itu sebahagian dari cara untuk rehatkan otak dari mengadap buku-buku pelajaran. Aku teruja membaca messages dari Kak Ann pagi ini. Sedikit sedutan.. “ Kak Ann namakan kumpulan ni as "D'Fixation", "Soniq Crew" masih dikekalkan tetapi hanya kepada style bboy, popping n crumpling dgn mentor mereka Shuk. Mereka tak pernah buat freestyle dan ini baru 1st time tetapi mereka memang fast learner cepat dapat steps, sequences n routines. Kak Ann dan abg2 mereka memang rasa teruja dgn anak2 kita ni. Setiap kali mereka practice Kak Ann memang sentiasa ada di depan mereka utk jadi pemerhati mana yg tak kena dgn step, routines n sequences.”. Bangga aku dengan ibu yang bernama Ann ini.
… “Apabila tiba giliran mereka alhamdullillah memang mereka tenang dan tak nervous. So far penonton senyap semasa D.F buat persembahan, mereka concentrate tgk D.F dan ada satu part yg mereka berhenti sekejap penonton ingat mereka dah selesai terus semua bersorak dan menjerit tetapi D.F sambung semula routines mereka penonton senyap semula hingga selesai dan baru penonton bersorak lagi. Last sekali juri dari JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) tepuk tangan. Alhamdullillah mereka perform sangat baik walaupun ada sedikit kesilapan tangan dari Aman tapi tak ketara. Persembahan D.F tak diberhentikan, juri nilai sehingga selesai. Byk juga yg separuh jalan dibunyikan loceng dan terpaksa keluar.”. Terima kasih Kak Ann.
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>