Tanpa disedari hampir setengah tahun saya tidak kemaskini blog ini...disini saya ingin berkongsi satu petikan yang saya baca. Mungkin biasa bagi setengah orang tapi tak apa..yang penting kita boleh berkongsi sesuatu yang sudah biasa agar sentiasa kita ingat. Untuk berjaya bukan senang meskipun nampak mudah....
1. Produk - Mengeluarkan sesuatu produk, jual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos.
2. Perkhidmatan - Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
3. Perkongsian Penggunaan - Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.
4. Langganan - Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)
5. Insurans - Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi.
6. Penjualan Semula - Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)
7. Pajakan atau sewa - Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
8. Maklumat Pengguna - Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran.
9. Komisen - Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini.
10. Dividen - Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.
(petikan:shahabudeen Jalil/2009.
No comments:
Post a Comment
< leave your comment here...>