Sunday, April 12, 2009

Birthday Mira

Berkumpul dan meraikan hari penting bersama keluarga pada 11 April 2009 adalah satu perkara paling indah dalam hidup. Amira pulang seminggu kerana 'study week'. Mengambil kesempatan di atas kepulangannya kami anak beranak berpakat untuk 'celebrate' awal birthdaynya. Justeru itu tempat yang paling senang di tuju ialah Pizza Hut di SACC Mall Shah Alam. Miezza, Syafiq dan Hanief cukup teruja. Nampak kegembiraan di wajah mereka. Alhamdulillah......setidak2 nya aku telah menunaikan tanggung-jawabku. Selepas ini diharapkan aku tidak lagi terlupa untuk meraikan hari penting orang tersayang.. Mira tidak pernah terlupa untuk meraikan harijadi mama dan abahnya..setiap tahun. SECARA TIDAK LANGSUNG MIRA TELAH MENDIDIK MAMA DAN ABAHNYA SUPAYA MENGHARGAI HARI PENTING ORANG TERSAYANG. Pengajaran di sini,Tidak perlu mengukap dengan kata-kata untuk mengubah sikap orang, cukup dengan kita tunjukkan apa yang kita mahu melalui sikap kita. Dan hasilnya mulai tahun ini dan seterusnya, insyaAllah aku tidak akan terlupa lagi atau buat-buat lupa.

No comments:

Post a Comment

< leave your comment here...>